The Everly Putrajaya - Eklusif, Selesa dan Dilengkapi Pelbagai Kemudahan


Sumber: Traveloka.com

Jika anda ingin menginap di kawasan Putrajaya sama ada bercuti atau terlibat dengan seminar, kursus atau bengkel, apa kata anda cuba rasai pengalaman di The Everly Putrajaya yang terletak di No.1 Jalan Alamanda 2, Precinct 1. Lokasinya sangat strategik iaitu bersebelahan dengan pusat beli belah Alamanda (boleh berjalan kaki dari hotel) dan berdekatan dengan Kompleks Kerajaan. Mungkin sebab itulah hotel ini banyak dijadikan tempat penginapan acara-acara agensi kerajaan (semasa penulis menginap terdapat beberapa program agensi kerajaan seperti Kastam dan Imam dari JAKIM, jadi semasa bersarapan, bertebaranlah pegawai-pegawai kastam dan imam-imam mengambil santapan mereka waktu itu)

Lobi yang luas bertema Krismas

Penulis berkesempatan untuk menginap di bilik eksekutif selama 4 hari kerana menghadiri bengkel. Servis daripada staf sangat baik dan mencapai tahap kepuasan hati. Oleh sebab kami ingin mendapatkan harga terbaik (nak dapatkan harga murah sebenarnya.hihi), jadi kami menempah secara berasingan bilik untuk setiap hari melalui aplikasi Traveloka (semasa tempahan Traveloka memberi promosi potongan 30%).dan bilik hari terakhir sebenarnya adalah bilik deluxe( lebih murah dari  bilik eksekutif) tetapi atas jasa baik pihak hotel, staf mereka menukarkan bilik hari keempat itu kepada bilik eksekutif TANPA SEBARANG CAJ atas alasan tidak mahu menyusahkan kami untuk memindahkan barang pada hari terakhir. Terima kasih tak terhingga kami ucapkan kepada pihak hotel. Bercakap tentang servis dan staf, memang kami berpuas hati kerana mereka memberikan pertolongan semampu mungkin (bukan sengaja bodek ye). Pada hari pertama, kami bertanyakan tentang perkhidmatan print (kami perlu print dokumen), dan kebetulan waktu dah melepasi pukul 8 dan bilik tersebut sebenarnya telah ditutup (perkhidmatan sehingga jam 8 malam sahaja), tetapi staf tetap meminta sekuriti untuk membuka bilik tersebut atas pertimbangan bahawa dokumen kami penting untuk dicetak. Jadi, untuk markah servis dan staf, kami berikan rating yang tinggi bagi hotel ini!!

Bilik Eksekutif yang selesa


Review untuk bilik dan kawasan hotel kami boleh katakan bilik dan kawasan pada tahap yang sesuai dengan rating kebanyakan web review hotel (4 bintang). Bilik dengan design moden, kelengkapan dalam bilik lengkap dengan peralatan asas seperti TV, penghawa dingin, mini peti sejuk, water heater, seterika dan kelengkapan bilik mandi serta aliran air yang laju (ini antara aspek yang kami tekankan jika menginap di hotel,sebab tak puas rasanya kalau mandi dengan air yang perlahan) Cuma, oleh sebab keseluruhan bilik dialas permaidani, kadang-kadang ada bau sedikit hapak dan terasa basah. Mungkin disebabkan keadaan bilik yang agak lembap. View bilik kami betul-betul menghadap kawasan hadapan hotel menampakkan bangunan Alamanda. Sambungan internet juga agak baik dan memuaskan. Secara keseluruhan, tahap bilik adalah baik dan memuaskan bagi kami yang tidak terlampau cerewet dengan design dan lebih mementingkan kelengkapan asas yang mencukupi.

Permandangan luar dari bilik hotel- ALAMNDA shopping centre
Bagi kami, hotel ini menyediakan kemudahan yang pelbagai- Gym, Swimming Pool (walaupun pool agak kecil berbanding beberapa hotel yang pernah kami menginap), Kafe, Lobby dengan ruang menunggu yang luas (ada stage nyanyian lagi), Ecsecutive Lounge (untuk yang menginap di bilik eksekutif sahaja boleh menggunakan ruang ini), printing room dan parking percuma. Apa yang menarik bagi kami adalah Excecutive Lounge yang disediakan untuk lepak-lepak atau menyiapkan kerja. Disini ada disediakan ruang perbincangan, pelbagai jenis sofa (untuk lepak-lepak), komputer dengan sambungan internet dan paling penting ada makanan !! (biskut dan beberapa jenis minuman seperti susu, jus dan mineral water. Kalau nak minum hot water bolehlah bancuh sendiri kopi atau teh yang disediakan). Memang best sebenarnya lepak kat sini tapi waktu terhad sebab siangnya perlu hadiri bengkel, kalau tak maunya sepanjang hari melepak je sebab ada biskut sedap.hihi (sampai tapau biskut bawak masuk bilik)

Executive Lounge tempat melantak biskut

Kami menempah bilik beserta sarapan untuk empat hari tersebut. Dari segi makanan, memang terdapat banyak pilihan makanan, tinggal pilih je. Masakan melayu seperti nasi lemak, nasi ayam dan lempeng hinggakan masakan western macam pelbagai roti dan menu sarapan lain. Pokoknya pilihan itu memang pelbagai. Walaupun banyak, tetapi rasanya macam mana pulak ye? Keseluruhannya baik walaupun kami tidaklah mencuba semua menu, tapi nasi lemak memang jadi sarapan rutin.

Ok, tibalah masa untuk skala review kami. Sekali lagi dijelaskan skala diberi berdasarkan pemerhatian dan pengalaman kami sendiri dan tidak semestinya menggambarkan apa yang dialami oleh anda atau orang lain. Review ini sekadar perkongsian dan mungkin menjadi nilai tambah panduan bagi yang sedang memilih tempat penginapan sekitar Putrajaya.

SKALA KAMIREVIEW:

- BILIK                                  : 4/5
- SERVIS DAN STAF            :4.5/5
- KEBERSIHAN                    :4/5
- LOKASI                             :4/5
- KEMUDAHAN                    :4.5/5
-VALUE FOR MONEY          :4/5
-MAKANAN                           :4/5

*SKALA KESELURUHAN    : 4/5